fbpx
Gambar hiasan.

Mahkamah KL, Putrajaya ‘bicara’ 6 kes berprofil tinggi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahkamah di Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka melakukan prosiding berkaitan enam kes berprofil tinggi sepanjang minggu depan bermula esok.

Antara prosiding berkenaan termasuklah kes membabitkan selebriti terkenal, tokoh politik bekas pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan, institusi kewangan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Prosiding pertama pada Isnin ini adalah melibatkan pengurusan kes dihadapi bekas Pengurus Prestasi Petronas, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mohd Khairul Akmal berdepan pertuduhan berkaitan cubaan mendedahkan dokumen sulit milik syarikat kepada syarikat luar.

Pada Selasa pula, seorang pelakon dan penyanyi terkenal akan dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Seterusnya pada Rabu, Mahkamah Persekutuan dijangka memutuskan jumlah ganti rugi perlu dibayar Public Bank kepada National Feedlot Corporation.

Ia susulan kegagalan rayuan akhir oleh bank itu dalam kes saman berkaitan kebocoran maklumat akaun pelanggan.

Pada hari sama juga, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan meneruskan prosiding kes Afendi Muhammad Agus yang menghadapi pertuduhan membunuh ibu bapa kandungnya pada 9 Disember tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan pula akan membuat keputusan berhubung rayuan Sisters in Islam (SIS Forum) pada Khamis depan untuk mencabar fatwa diwartakan Majlis Agama Islam Selangor pada 2014 yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat.

Sementara itu, pada hari Jumaat, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI