fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian PMR 2025 di Lumut Waterfront di Lumut hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Iran berhak serang balas Israel – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Iran menyerang balas secara ketenteraan terhadap Israel yang terlebih dahulu menyerang negara tersebut awal pagi kelmarin.

Beliau menyifatkan tindakan Israel menyerang Iran dan membunuh para saintis dan jeneral-jeneral tentera negara tersebut merupakan perbuatan yang biadap, khianat dan gila.

“Orang Islam lebih 1 bilion, negara Islam kaya tapi tak berupaya. Nak bercakap pertahankan Iran pun tak ramai.

“Sebab itu saya bagi tahu kawan-kawan saya dan Jemaah Menteri, Malaysia ini biarlah ada keupayaan, kita negera merdeka, kita berdaulat dan kita mesti mempertahankan hak sahabat-sahabat kita termasuk Iran yang telah dizalimi.

“Dan kita pertahankan hak Iran untuk serang balas mempertahankan maruah negara mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat (PMR) 2025 yang bertemakan Pendidikan Tinggi Pemacu Negara Madani di Lumut Waterfront di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan Madani berpegang kepada prinsip membela dan mempertahankan hak semua negara termasuklah Iran biarpun Malaysia mempunyai beberapa perbedaan dengan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI