fbpx

Pemandu diserang sawan, rempuh pelancong di Kea Farm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO yang tular di media sosial memperlihatkan sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sekumpulan pengunjung di Kea Farm, dekat Cameron Highlands, hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki berusia 22 tahun diserang sawan ketika memandu sebelum merempuh sekumpulan pelancong dipercayai punca insiden cemas di Kea Farm, di sini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, kereta dipandu dari arah Brinchang menghala ke Kea Farm terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh pelanggan yang sedang membeli-belah di kawasan sesak itu.

“Akibatnya empat pejalan kaki terdiri daripada seorang dewasa dan tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun dilanggar.

“Semua mangsa cedera ringan dan menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan pulang,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk, namun semakan mendaapti lelaki itu mempunyai sejarah penyakit sawan.

“Pihak polis telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta,” katanya.

Dalam kejadian tengah hari tadi, suasana bertukar kecoh apabila sebuah kereta hilang kawalan sebelum merempuh sekumpulan pengunjung sehingga tular di dalam Facebook, Group Informasi Cameron Highlands.

Insiden itu memaparkan keadaan mangsa yang terperosok di bawah kereta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI