fbpx

Ceria berTikTok, nampaknya Cico dah sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CICO bersama anak perempuannya, Rindu Nur Fitrah yang semakin cantik.

UMUM tahu pelakon Cico Harahap sudah lama meninggalkan dunia lakonan sejak berdepan dengan masalah kesihatan tidak lama dahulu.

Namun, baru-baru ini Diva kerap terlihat kelibatnya bersiaran langsung dalam platform TikTok.

Selalunya Diva lihat Cico membuat siaran langsung sambil bersenam. Nampak sihat dan ramai yang teruja melihat penampilannya ketika ini.

Bukan itu sahaja, video bersama anak perempuannya Rindu Nur Fitrah turut tular dalam TikTok. Cantik betul anak perempuan Cico.

Disebabkan konten-konten itu, ramai netizen mula memberi kata-kata semangat bahkan ada juga berharap Cico kembali aktif berlakon.

Diva rasa, berilah Cico ruang dan memilih jalan hidupnya sama ada mahu kembali berlakon atau tidak.

Apa pun, melihat dia kini sihat dan aktif bersukan pun sudah cukup menggembirakan hati peminat.

DIVA: Datuk M. Nasir sudah umumkan Konsert Cipta 4, rock ooo!!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI