BARU-baru ini ketika Diva asyik meneroka dunia TikTok, tiba-tiba muncul video memaparkan Puteri Balqis atau Aqish bermain kuiz teka wajah artis.
Dalam senarai tersebut, antara selebriti yang ditebak termasuklah, Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Nabila Huda.
Tetapi, apa yang paling membuatkan Diva terdiam apabila Aqish tidak boleh meneka wajah Nabila Huda berdasarkan bahagian bahagian mata dan kening.
“Tak kenal,” itu jawapan Aqish apabila melihat foto mata Nabila.
Terkejut juga Diva dengan jawapan tersebut tetapi tetap bersangka baik yang mungkin Aqish memang sukar untuk meneka.
Tapi pastilah Diva ada satu perasaan aneh lain mengapa begitu mudah dia menjawab tidak kenal cuma tak mahu terlalu ‘overthink’.
Mungkin hanya Aqish sahaja yang boleh menjawab persoalan itu atau memang dia sengaja bergurau. Apa pun lakonan mereka berdua memang ‘power’ kalau digandingkan lagi. Tengoklah dulu, betapa hebatnya penangan drama Akulah Balqis.
DIVA: Ada kawan yang baru selesai mengerjakan haji sudah bertanyakan tentang jualan tiket Latihan PestaPora untuk menonton Sheila On 7. Dahsyat sungguh penangan!