fbpx

Aksi tinju DMA Islam-Abang Koroy malam ini dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi tinju yang dinantikan malam ini telah dibatalkan.

KUALA LUMPUR –Perlawanan tinju yang dinanti-nantikan antara dua influencer popular tanah air, DMA Islam dan Abang Koroy dibatalkan pada saat akhir, sekali gus mencetuskan reaksi bercampur baur dalam kalangan peminat media sosial dan pengunjung Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 di Dataran Merdeka, malam tadi.

Walaupun ribuan peminat sudah bersedia untuk menyaksikan pertarungan ‘influencer vs influencer’ tersebut secara langsung pada malam ini, pengumuman rasmi oleh pihak penganjur, Twins Championship, mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan pembatalan acara tanpa memperincikan sebab sebenar.

Difahamkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut terkejut dengan penganjuran acara tinju itu yang tidak dimaklumkan secara rasmi kepada mereka lebih awal.

Bagaimanapun, KBS menyambut baik keputusan pembatalan acara tersebut kerana ia dilihat tidak selari dengan objektif utama sambutan HBN yang menekankan pembangunan sahsiah dan nilai positif dalam kalangan belia.

Terdahulu, tular pertarungan tinju melibatkan dua personaliti media sosial tersebut, apatah lagi apabila ia menjadi sorotan ramai di platform TikTok dan Instagram sejak beberapa hari lalu.

Netizen turut membanjiri ruangan komen di laman sosial dengan pelbagai pandangan.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk sikap DMA Islam yang sebelum ini tular dengan rakaman menggunakan kata-kata kesat dan berbaur provokasi, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau layak dijadikan contoh kepada anak muda.

“Sebagai influencer, tak semestinya semua yang dibuat itu betul. Gaya dia mencarut bukan nilai yang patut kita banggakan di acara sambutan belia,” tulis seorang pengguna Instagram.

Tindakan membatalkan acara itu disifatkan sebagai langkah tepat, terutama memandangkan mesej dan imej acara tersebut tidak mencerminkan semangat HBN yang cuba diketengahkan. -KOSMO! ONLINE

Pertembungan DMA Islam dan Abang Koroy dibatalkan saat akhir oleh pihak pengurusan Hari Belia Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI