fbpx
Remaja lelaki ditemui lemas di kawasan perkelahan Sungai Sedim di Kulim, hari ini.

Remaja lelaki ditemui lemas di Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Sedim, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pukul 10.06 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama  enam pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.48 pagi. Operasi pencarian dibuat secara ‘surface searching’ dan mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang membuat pencarian awal menyelam di kawasan berkenaan pada pukul 11.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Azmir berkata, mangsa yang dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI