fbpx

Ladang getah terbiar dikumpul, diusahakan secara skala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) di samping Pengerusi UMNO Kedah merangkap Ketua Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap di Naka dekat Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Kerajaan dalam proses untuk menghidupkan semua ladang getah terbiar dalam kalangan pekebun kecil di seluruh negara bagi membentuk satu model pengurusan ladang berskala besar yang lebih berkesan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan tersebut dilihat berkesan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah dari luar negara.

Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 95 peratus pekebun kecil di Malaysia hanya memiliki ladang getah berkeluasan di antara dua hingga empat hektar yang menyukarkan penggunaan teknologi moden dan menjana hasil secara mampan.

“Saya bukan mahu ambil tanah mereka, tetapi kita mahu bantu kumpulkan dan uruskan ladang-ladang ini secara kolektif. Kalau hari ini mereka ada tiga hektar, bila kita gabung, boleh jadi 30 atau 50 hektar yang lebih produktif.

“Saya nak susun strategi ini… nak berbincang dengan pekebun kecil ini yang mempunyai ladang getah yang kecil dan jadikan ladang besar,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap di dekat sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI