fbpx

Kontrak Ketua Polis Negara, Razarudin tamat 22 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN

PETALING JAYA – Selepas dua tahun memegang jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Razarudin Husain bakal menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini.

Menurut sumber, Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur akan diadakan pada 20 Jun di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).

Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Razarudin dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau memulakan karier pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat.

Antara jawatan lain pernah disandang ialah Penolong Pengarah D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime, Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman, Ketua JSJ Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak selama dua tahun sebelum menjadi Ketua Polis Perak.

Bermula 2021 hingga 2023, Razarudin dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum Timbalan Ketua Polis Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI