fbpx
GELAGAT Nasha Aziz ketika membersihkan kawasan sebuah tanah perkuburan menarik perhatian netizen.

Kagum tengok Nasha Aziz tolong bersihkan kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sudahlah cantik, berhati mulia pula.

Itu antara reaksi netizen tatkala melihat gelagat pelakon dan peragawati terkenal yang membersihkan kawasan sebuah tanah perkuburan.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 54, telah membuat sesi siaran langsung dalam aplikasi Tik Tok sewaktu berada di tanah perkuburan.

Menurut Nasha, dia melihat terdapat banyak sampah di kawasan tanah perkuburan tersebut akibat perbuatan orang ramai yang menziarahi pusara di situ.

“Tengok mereka buang sampah merata-rata. Mereka bawa botol-botol air dan bunga untuk siram kubur arwah keluarga mereka, kemudian mereka campak sahaja.

“Tanah perkuburan ini sudah jadi seperti tempat pembuangan sampah,” katanya dalam sesi siaran langsung tersebut.

Tambah pelakon filem Bara itu lagi, sambil-sambil dia berjalan untuk pulang ke rumah, dia membantu membersih kawasan tanah perkuburan tersebut.

“Allah beri saya rezeki untuk menjadi cantik dan lawa untuk apa saya gunakan? Untuk saya berbakti insya-Allah.

“Sambil-sambil saya catwalk nak turun bawah nak balik, saya tolong pungut sampah di sini,” kongsinya.

Sikap prihatin Nasha terhadap kebersihan kawasan tanah perkuburan telah menuai pujian netizen.

Rata-rata netizen kagum dengan peribadinya yang mulia biarpun dia merupakan seorang pelakon terkenal dan memegang status sebagai supermodel tersohor negara.

“Dahsyat kesedaran yang dibawakan oleh Nasha. Dia membersihkan kubur secara rawak. Semoga sentiasa sihat,” komen netizen. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI