fbpx

Bintang Liverpool terdesak sertai Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ

BARCELONA – Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz dilaporkan terdesak untuk melengkapkan perpindahan menyertai juara La Liga, Barcelona pada jendela perpindahan ketika ini.

Difahamkan, bintang antarabangsa Colombia itu percaya sekarang adalah masa yang tepat untuk mengangkat kaki dari Liverpool selepas lebih tiga tahun berbakti di Anfield.

Keputusan Liverpool untuk menandatangani khidmat perancang utama Bayer Leverkusen, Florian Wirtz juga menjadi salah satu faktor utama keputusan Diaz untuk berhijrah.

Pemain berusia 28 tahun itu dalam satu kenyataan baru-baru ini mengakui sedang berbincang dengan beberapa kelab yang berpotensi memandangkan kontraknya bersama The Reds hanya berbaki dua tahun lagi.

“Ejen saya sedang berbincang dengan kelab-kelab yang berminat dan saya anggap ini perkara normal ketika jendela perpindahan dibuka. Situasi ini disebabkan pihak pengurusan tidak mahu melanjutkan kontrak saya (dan dibenarkan mencari pasukan baharu).

“Namun, saya tiada masalah jika terpaksa kekal di Liverpool kerana semua yang berada di sini menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka,” katanya.

Menurut laporan, Liverpool yang dikendalikan oleh Arne Slot meletakkan tanda harga sebanyak £51 juta (RM293.8 juta) jika ada mana-mana kelab berminat mendapatkan khidmat Diaz.

Namun, The Catalans dijangka membida harga rendah kerana memiliki hubungan yang baik dengan Liverpool selepas menandatangani pemain-pemain kelab itu seperti Luis Suarez, Philippe Coutinho dan Javier Mascherano sebelum ini.

Bagaimanapun, perpindahan itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya Barcelona membeli Nico Williams dari Athletic Bilbao selepas secara terbuka menyatakan keinginannya untuk menyertai kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI