fbpx

Belia Madani benteng perangi dadah – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan gimik Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, malam ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu generasi muda bangkit menjadi tonggak utama dalam usaha membina semula negara.

Menurut Hannah, asas telah diletakkan oleh generasi terdahulu, namun masih banyak kerja perlu digerakkan anak muda hari ini demi memastikan masa depan negara terus terpelihara.

“Tidak semua perkara boleh diambil jalan pintas atau memberi hasil serta-merta. Sebab itu semangat ‘Yakin Boleh’ amat penting. Ia bermula dengan kepercayaan dan sikap kita,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Hannah turut menegaskan kesejahteraan belia Madani hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak bersatu menentang musuh nombor satu negara iaitu dadah.

“Apa jua bentuk dadah, ia tetap memusnahkan hidup jika kita terjebak dengan gejala ini,” katanya.

Jelas beliau, Kerajaan Madani komited membantu golongan yang terjebak dengan masalah dadah untuk membina semula kehidupan mereka.

“Kita mahu membimbing mereka ke jalan yang benar dan memberikan peluang kedua untuk mereka bangkit semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI