fbpx

Anwar cabar anak muda tolak pemimpin rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, malam ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar golongan belia supaya tidak sesekali membenarkan pemimpin terpalit rasuah diberi peluang memimpin negara.

Anwar berkata, anak muda hari ini mempunyai semangat, ilmu dan daya juang tinggi serta mampu menilai kepimpinan berdasarkan integriti dan kejujuran.

“Saya nak tanya anak muda, apakah kita harus izinkan pemimpin rasuah? Apakah wajar kita ambil tindakan kepada rasuah dan ambil wang mereka untuk dicurahkan kepada rakyat?

“Saya tahu jawapannya kerana anak muda ini punyai pencerahan, semangat, keyakinan, ilmu dan daya juang yang tinggi. Yakin,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri ribuan belia dari seluruh negara bagi meraikan semangat perjuangan dan penyatuan anak muda Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI