TEL AVIV – Seorang wanita yang cedera dalam gelombang pertama serangan peluru berpandu Iran meninggal dunia akibat kecederaannya, demikian menurut agensi berita Anadolu hari ini yang memetik Perbadanan Penyiaran Awam Israel, Kan.
Dua lagi warga Israel yang cedera dalam serangan peluru berpandu Iran juga disahkan meninggal dunia, lapor Kan.
Bilangan warga Israel yang cedera dalam serangan Iran pula meningkat kepada 91 orang.
Menurut Kan, tiga daripada 21 orang yang cedera dalam gelombang serangan peluru berpandu terkini berada dalam keadaan kritikal.
Kira-kira 300 warga Israel di Greater Tel Aviv dipindahkan selepas kediaman mereka rosak, manakala 100 yang lain telah dipindahkan di perbandaran Ramat Gan berhampiran Tel Aviv, lapor stesen penyiaran Channel 12.
Roket Iran memusnahkan sepenuhnya sembilan bangunan dan menyebabkan kerosakan kepada ratusan pangsapuri dan kenderaan di Ramat Gan, demikian menurut akhbar harian Haaretz.
Awal pagi semalam, tentera Israel menyerang kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran.
Dalam serangan itu dan seorang komander dan pegawai tentera serta dua saintis Iran terkorban.
Iran bertindak balas dengan peluru berpandu balistik yang menyasarkan beberapa kawasan di seluruh Israel. – AGENSI