fbpx

[VIDEO] Tidak puas hati dihon, habis melekat kasut di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pergaduhan antara dua individu yang tercetus akibat bunyi hon, dalam kejadian yang berlaku di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru.

PETALING JAYA – Pergaduhan antara dua individu yang berlaku di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas pemandu lori membunyikan hon.

Kejadian itu tular selepas satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki keluar dari keretanya dan menuju ke arah sebuah lori.

Berdasarkan rakaman tersebut, palang tol sudah dinaikkan, namun kereta lelaki berkenaan masih tidak bergerak, menyebabkan pemandu lori di belakangnya membunyikan hon.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, pemandu kereta terbabit kemudian membuka pintu lori dan mengetuk kepala pemandunya berkali-kali sebelum dibalas dengan siku dan tendangan oleh pemandu lori berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna mengecam tindakan agresif lelaki terbabit.

“Aku tak sokong keganasan, tetapi takkan nak diam sampai lunyai,” kata Eichi Dai.

“Kalau kena dekat aku dah keluar ‘buah khabib’ lompat terus mendarat tapak kasut kat muka,” komen Bachtiar.

“Melekat kasut di mukamu kan, hahaaha,” kata Nasir Jedie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI