fbpx

[VIDEO] Rakaman Ayuni tiup lilin 2 jam sebelum naik bas balik UPSI undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Allahyarham Nor Ayuni menyambut hari lahir dua jam sebelum menaiki bas untuk pulang ke UPSI, baru-baru ini meruntun hati orang ramai.

PETALING JAYA – “Hanya air mata yang keluar. Ini sebelum naik bas malam kejadian.”

Itu antara perkongsian abang kepada Allahyarham Nor Ayuni, 21, salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada Isnin lalu.

Lelaki itu berkata, momen pada malam sebelum kejadian itu adalah kenangan yang tidak akan dilupakan dirinya.

“Ini kenangan aku tak akan lupakan dik. Abang buat kejutan hari jadi, mu (kamu) buat aku ‘kejutan’ tak terkata,” katanya yang menggunakan profil @faezbesut di media sosial.

Menerusi hantaran video berdurasi 15 saat itu, jelas memaparkan Nor Ayuni tersenyum gembira ketika menerima kejutan kek hari lahir sehingga meruntun hati orang ramai.

Malah, kecantikan yang dimiliki Nor Ayuni turut menjadi sorotan netizen yang tidak putus-putus memuji anugerah dimiliki Allahyarham itu.

“Aku yang tak ada hubungan darah dengan dia orang pun menangis tengok,” ujar @maslia.

“Cantiknya arwah, nampk betul muka tu bersih dan tenang saja. Itu lah ahli syurga, insya-Allah,” komen @m.s_ anne58.

“Cantik sangat arwah Ayuni ni, al-Fatihah,” ucap pengguna yang lain.

Terdahulu media melaporkan, bapanya, Maslan Abdul Rahman, 58, berkata, sambutan hari ulang tahun ke-21, yang diadakan dua jam sebelum menaiki bas di depan Masjid Hadhari, Jertih adalah majlis terakhir buat Nor Ayuni. – KOSMO! ONLINE

@faezbesut ny kenangan aq xakn lupew dik..abg buat kejutan hri jadi..mg buat aq kejutan x terkata..hanya air mata yg kluar..ny sebelum naik bas mlm nk kejadian..😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭..sempat sambut hari jadi dgn mg dik.. #fyppppppppppppppppppppppp #masokberandafyp ♬ Kenangannya Masih Disini – Syahriyadi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI