PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki warga emas yang menggantung ekor lembu di telinganya sehingga kelihatan seperti janggut mencuri perhatian ramai ketika merewang pada sambutan Aidiladha lalu.
Menerusi satu klip video berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Fadhllann, warga emas itu dilihat tersenyum sambil menggantungkan ekor lembu di telinganya, seolah-olah menjadikan ia sebagai janggut panjang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah mencuit hati lelaki berkenaan.
“Smart janggut pak cik, boleh jadi geng Walid ni,” seloroh seorang pengguna.
“Pak cik teringin nak bela janggut panjang ni,” kata Rina.
“Ingatkan telinga pak cik panjang… tengok lagi sekali, berdekah saya,” komen Muazzam. – KOSMO! ONLINE
@fadhllannUstaz Azhar Idrus copy ori