fbpx

[VIDEO] ‘Ore Kelate pon tak kenal gapo teh bong tu?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelayan restoran di Kelantan terkejut mendengar pesanan pelik 'teh bong' daripada seorang pelanggan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Kelantan secara spontan memesan “teh bong” semasa membuat pesanan minuman di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Hzmnamr, lelaki tersebut cuba meniru loghat Kelantan untuk memesan teh ais, namun secara tidak sengaja menyebut “teh bong”, yang mengundang reaksi terkejut dari pelayan restoran.

“Member (ahli) Kelantan dengar pun… hmm,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kejadian ini menjadi peringatan kecil bahawa kadangkala perbezaan loghat dan budaya boleh mencetuskan momen lucu yang mengeratkan hubungan antara rakyat pelbagai negeri.

Rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dengan kejadian tersebut. Ada yang berseloroh mengatakan mungkin dengan menyebut pesanan dalam loghat Kelantan, pelanggan boleh mendapat harga lebih murah.

“Baik-baik nak bagi harga kawan-kawan, terus jadi harga foreigner (warga asing),” @Betenoire94.

“Ya Allah sebagai orang bukan Kelantan pun saya malu, gelak berdekah tak henti,” ujar @Nanena21.

“Terkejut abang ambil order tu,” @Ndarml.

“Saya ore Kelate pon tak kenal gapo teh bong tuh? (saya orang Kelantan pun tak kenal apa teh bong tu),” komen @Theenisaa – KOSMO! ONLINE

@hzmnamr Member kelantan dengar pon hmm😃 . . . #fypシ゚ #fypage #xbcyza ♬ original sound – ItsmeHan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI