fbpx

[VIDEO] Lelaki serang pemandu lori di Plaza Tol Kempas dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pergaduhan antara dua individu yang tercetus akibat bunyi hon, dalam kejadian yang berlaku di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mencari seorang lelaki yang terlibat dalam insiden pergaduhan dengan seorang pemandu lori di Plaza Tol Kempas, di sini, pada pukul 2.30 petang, Ahad lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek dikehendaki kerana telah memukul pemandu lori hanya kerana membunyikan hon kenderaan.

Katanya, pemandu lori yang berusia 31 tahun bertindak membunyikan hon kerana Proton Wira berkenaan masih tidak bergerak walaupun palang tol telah dibuka.

“Susulan itu, seorang lelaki tidak dikenali telah keluar daripada pintu penumpang Proton Wira berkenaan dan membuka pintu lori, sebelum bertindak memukul muka dan kepala pemandu lori beberapa kali.

“Pemandu lori kemudian mempertahankan diri dengan menendang lelaki berkenaan keluar daripada lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Balveer Singh, pemandu lori yang mengalami kecederaan sakit di bahagian kepala telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM1,000 atau keduanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian 07-5563122 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI