fbpx

Treler bawa 28 tan beras Siam seludup ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler yang membawa sebanyak 28 tan beras Siam ditahan di di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah semalam. - IHSAN PGA

TANAH MERAH – Sindiket penyeludupan gagal menyeludup sebanyak lebih 28 tan beras putih Thailand selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah treler di Jalan Kampung Air Gatal di sini semalam.

Rampasan dijalankan kira-kira pukul 7.30 pagi semasa anggota Batalion 9 PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kampung tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, anggota PGA menahan sebuah treler selepas mendapati kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di bahagian belakang treler itu menjumpai sebanyak 28,000 kilogram beras putih Thailand.

“Siasatan lanjut mendapati, kesemua beras itu dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Pemandu dan kelindan treler itu disyaki berperanan sebagai penghantar beras tersebut ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, keseluruhan rampasan termasuk sebuah treler yang dirampas dianggarkan bernilai RM462,000.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI