fbpx

Anak-beranak ini selalu bergaduh – Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja berusia 17 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibu dan abangnya dalam kejadian di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, awal pagi semalam.

MELAKA – “Memang selalulah dengar anak-beranak ini bergaduh, tapi tak sangka pula sampai berlaku kejadian bunuh.”

Itu kata seorang jiran mangsa yang dikenali Yani, mengenai kejadian seorang guru wanita dan anak lelakinya ditemukan mati akibat dibunuh, manakala seorang lagi ahli keluarga itu parah dalam kejadian di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai pagi semalam.

Katanya, sejak berjiran dengan mereka tiga tahun lalu, keluarga itu tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada kami.

“Keadaan keluarga ini mula berubah dan menjadi tegang apabila ayah suspek meninggal dunia pada Januari lalu,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam tragedi kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa seorang guru berusia 51 tahun dan anak sulung 21 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.

Anak bongsu keluarga itu berusia 13 tahun yang terselamat telah ditemui jiran tetangga di kawasan garaj kediaman tersebut.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja yang juga merupakan anak kedua keluarga tersebut berusia 17 tahun selepas disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

Hasil pemeriksaan di lokasi turut menjumpai senjata iaitu pisau lipat sepanjang 20 sentimeter di dalam beg sekolah milik suspek.

Motif kejadian dipercayai akibat dendam apabila kedua-dua mangsa dikatakan sering memarahi suspek dan memaksanya belajar susulan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysiq (SPM) tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI