fbpx
AZRAI (tengah) berpengalaman meledak tiga gol ke atas New Zealand ketika bertemu di Piala Sultan Azlan Shah tahun lalu.

Speedy Tigers pertaruh ketajaman ‘mesin gol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK serangan skuad hoki lelaki negara, Azrai Aizad Abu Kamal teruja untuk turun menentang New Zealand dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Negara-Negara FIH 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang akan bermula Ahad ini.

Speedy Tigers dijadual membuka kempen menentang Pakistan, sebelum berdepan cabaran lebih getir menentang pasukan ranking ke-9 dunia itu yang dianggap sebagai ujian sebenar buat barisan serangan negara.

“Saya teruja lawan New Zealand, bukan sebab nak buktikan apa-apa tetapi ranking mereka lebih tinggi. Saya suka lawan pasukan seperti itu untuk belajar apa lagi saya boleh perbaiki,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Mazda Glenmarie, Shah Alam kelmarin.

Azrai yang pernah meledak tiga gol menentang New Zealand pada aksi Piala Sultan Azlan Shah sebelum ini berharap dapat mengulangi prestasi cemerlang itu di pentas lebih kompetitif.

“Kalau boleh, saya memang nak jaringkan gol lagi,” tambahnya.

Penyerang berusia 25 tahun itu turut memuji peningkatan ketara kerjasama antara barisan tengah dan serangan sepanjang Jelajah Australia dan Korea baru-baru ini.

“Kombinasi semakin baik. Kami tak harap kepada seorang dua sahaja, semua pemain depan dan tengah kini saling bantu cari ruang dan cipta peluang gol,” jelasnya.

Azrai turut menjelaskan skuad negara kini lebih bersedia selepas menjalani latihan khusus di bahagian serangan sejak awal fasa persiapan menjelang kejohanan.

“Kami ada latihan khas untuk bahagian depan dan saya rasa latihan itu berbaloi. Ketajaman makin baik dan kami bersedia untuk cipta kemenangan dalam setiap perlawanan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI