KUANTAN – Seorang peniaga mendakwa dirinya telah dicederakan individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kerabat diraja, di sini, Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, susulan kes tersebut pihaknya menerima satu laporan berkaitan pergaduhan dua individu berkenaan pada 5 Jun lalu.
Menurutnya, berdasarkan laporan kejadian tersebut berlaku di sebuah premis hiburan yang terkenal di bandar Kuantan.
“Dengan itu pihak polis mengesahkan ada menerima laporan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun yang mendakwa dirinya telah dicederakan individu yang merupakan kerabat diraja awal bulan lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya lagi, polis giat menjalankan siasatan ke atas kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Katanya, namun setakat ini masih tiada tangkapan yang dibuat. – KOSMO! ONLINE