fbpx

Pengerusi NGO direman kes seleweng dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majisret Melaka hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) direman seminggu hingga 19 Jun ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik pertubuhan itu.

Perintah reman ke atas suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret N. Sivashangari di Mahkamah Majistret Melaka, pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“SPRM semalam menahan reman empat individu kerana disyaki terlibat menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja. Susulan tangkapan itu, hasil maklumat mengesyaki pengerusinya telah bersubahat dengan semua suspek tersebut,” katanya.

Sumber berkata, suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan di antara 2015 hingga 2025.

Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kosmo! semalam melaporkan sembilan lot tanah di tiga buah negeri dan barang kemas antara aset bernilai RM8 juta yang disita susulan penahanan empat individu disyaki menyeleweng dana NGO.

Penyitaan itu hasil penahanan empat termasuk tiga ahli jawatan kuasa NGO secara berasingan bermula pukul 4 petang kelmarin selepas mereka hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI