fbpx

Nilai amanah, tanggungjawab asas kejayaan koperasi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad Kali ke-90, hari ini. - Foto Facebook Anwar

PETALING JAYA – Nilai amanah dan tanggungjawab perlu terus menjadi teras dalam setiap aspek pengurusan institusi koperasi bagi memastikan kelestarian dan kejayaan jangka panjang yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai-nilai tersebut bukan sahaja penting untuk mengelak kegagalan sesebuah koperasi malah mampu memastikan pulangan yang lebih baik kepada semua ahlinya.

“Dalam konteks pengurusan koperasi, apabila integriti dan kecekapan diangkat serta diamalkan secara konsisten.

“Koperasi bukan sahaja akan terhindar daripada risiko keruntuhan atau kegagalan, malah mampu menjana manfaat optimum kepada ahlinya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad Kali ke-90, hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited memperkasa gerakan koperasi agar kekal relevan dan berdaya tahan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“(Ini juga) mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI