fbpx
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik dekat Tasik Banding, Gerik baru-baru ini

Nahas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pemandu bas persiaran yang ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada Isnin lalu, akan didakwa petang ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Gerik.

“Lelaki itu akan didakwa di mahkamah selepas solat Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, pemandu terbabit akan didakwa dengan 15 pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan selain satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, pemandu bas persiaran itu ditahan di Hospital Taiping pada pukul 5.45 petang semalam selepas empat hari mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tersebut.

Suspek yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar jeans biru itu diiring tiga anggota polis dalam keadaan tangan bergari dan ditutup tuala untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menaiki kereta peronda (MPV).

Lelaki terbabit yang mengalami kecederaan di tangan dirawat di hospital tersebut sejak hari pertama nahas itu berlaku Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding itu, sebuah bas persiaran membawa 42 penuntut UPSI hilang kawalan sebelum melanggar sebuah MPV dinaiki empat sekeluarga.

Kemalangan itu menyebabkan 15 pelajar UPSI terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan maut, manakala pemandu dan penumpang MPV cedera.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI