fbpx

Maut kena serangan jantung ketika beli barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian mangsa dijumpai terbaring berhampiran Stesen Bas Kota Bharu, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki etnik Rohingya rebah dan meninggal dunia selepas dipercayai terkena serangan jantung semasa membeli barangan keperluan harian berhampiran Stesen Bas Kota Bharu di sini hari ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan stesen bas itu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi selepas tiba-tiba pengsan ketika sedang bercakap telefon.

Seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Saini Idris, 62, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati orang ramai datang berkumpul di kawasan berhampiran premisnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat orang ramai, lelaki itu dikatakan mengalami serangan jantung sebelum pengsan di kawasan tersebut.

“Orang awam terus menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Sebuah ambulans dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini tiba di kawasan stesen bas sebelum pegawai yang terlibat mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas pemeriksaan dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Saini memberitahu, kebanyakan peniaga di kawasan itu mengenali lelaki itu kerana pernah melihat mangsa datang untuk membeli barangan keperluan pada setiap Jumaat.

Menurutnya, mangsa juga sering menaiki bas untuk datang ke bandar Kota Bharu bersama rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lengkap akan menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI