fbpx
GAMBAR HIASAN

Malaysia tegas sokong Palestin di PBB, seru Israel hentikan serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia mengalu-alukan sokongan jelas dan padu masyarakat antarabangsa terhadap Palestin yang dizahirkan menerusi kelulusan Resolusi Sesi Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 12 Jun 2025.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia yang kekal konsisten dalam pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin, telah bertindak sebagai penaja bersama resolusi tersebut dan turut mengundi menyokongnya.

“149 negara anggota PBB telah mengundi menyokong resolusi ini. Keputusan ini mencerminkan sokongan moral dan politik masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat untuk merealisasikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

“Malaysia menggesa Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dengan melaksana gencatan senjata serta merta, berkekalan dan tanpa syarat, menghentikan serangan ke atas orang awam dan memastikan bantuan kemanusian yang mencukupi disalurkan dengan segera tanpa sekatan,” kata kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Malaysia kekal teguh dalam solidariti bersama rakyat Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk meneruskan segala usaha bagi merealisasikan penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Langkah ini sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia dalam menyokong hak asasi rakyat Palestin dan penyelesaian dua negara sebagai jalan penyelesaian paling adil dan berkekalan terhadap konflik yang berpanjangan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI