KYIV – Seorang wanita di Ukraine ditahan kerana membunuh anak perempuannya yang berumur tiga tahun sebagai sebahagian daripada ritual ajaran sesat untuk mengusir roh jahat, lapor akhbar The Sun UK.
Suspek bernama Yuliia Doloshytska, 32, dilaporkan mengambil anaknya, Alyna Petryv dari sebuah taska sebelum ‘dikorbankan’ di rumah mereka di wilayah Ivano-Frankivsk.
“Mangsa dipaksa mengenakan pakaian putih dan kalungan bunga serta membaca pelbagai perkataan dalam ritual itu, kononnya untuk mengusir roh jahat,” kata polis.
Suspek turut merakamkan ‘pengorbanan’ itu,” kata jirannya.
Jenayah itu terbongkar apabila penduduk tempatan terdengar jeritan kuat pada waktu malam dan menghubungi polis, baru-baru ini.
“Polis kemudian menyerbu kediaman mereka di mana gadis kecil itu ditemui lemas di dalam bilik air. Mangsa turut ditikam” kata polis.
Suspek tidak memberikan sebarang keterangan semasa disoal siasat.
Siasatan kes itu giat dijalankan. – AGENSI