PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia pada pukul 10.28 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa sederhana tersebut berukuran 5.1 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 11.3 darjah Selatan dan 119.2 darjah Timur dengan kedalaman 11 kilometer (km).
“Ia terjadi 315km Selatan dari Bima, Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan akibat kejadian itu. – KOSMO! ONLINE