fbpx

Cabul anak kekasih, mekanik dijel 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Seorang mekanik motosikal dihukum penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap anak perempuan teman wanitanya.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Shahrizal Rahmat, 33.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 16 tahun 10 bulan ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Sendayan, di sini, Mac lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menghubungi mangsa sama secara kerap bagi tujuan seksual di lokasi sama dari 14 Mei hingga 29 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu sebanyak dua kali di sebuah rumah ketika ketiadaan ibu mangsa yang keluar bekerja.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI