fbpx

Ahli sindiket atau ‘keldai’, penyanyi rap miliki ganja ditahan di Penjara Phontong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada seorang penyanyi rap serta dua rakannya yang ditahan memiliki 86 kilogram (kg) dadah jenis ganja di Vientiane, Laos terlibat dengan sindiket atau diupah sebagai ‘keldai’ bagi mengeksport barang terlarang itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa Laos selepas dimaklumkan berhubung tangkapan tersebut oleh Kementeri Luar pada 3 Jun lalu.

Menurutnya, penahanan tiga lelaki tempatan itu dibuat pada 27 Mei dengan rampasan 86 kg ganja semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos.

“Hasil pemeriksaan enam bagasi milik individu itu yang dirampas telah menjumpai 103 bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis ganja.

“Hasil siasatan mendapati dipercayai kesemua mereka akan menaiki penerbangan Thai Airways dari Laos untuk ke Jerman bagi tujuan menghantar bekalan dadah tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tiga individu itu termasuk seorang penyanyi rap berusia lingkungan 25 hingga 29 tahun kini ditahan di Penjara Phontong, Vientiane dekat Laos.

Tambahnya, semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati kesemua individu telah keluar dari Malaysia pada 22 Mei lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semakan daripada pihak ‘counterpart’ di Thailand mendapati tiada sebarang pergerakan masuk atau keluar dari Thailand pada 22 Mei lalu terhadap kesemua warga tempatan itu,” ujarnya.

Jelasnya, maklumat yang diperolehi daripada soal siasat ke atas kesemua suspek akan dihantar kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI