PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki membaling pek ubat sakit tekak kepada penyokong Harimau Malaya mencetuskan gelak tawa ramai ketika perlawanan bola Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Menerusi klip video dikongsi pengguna TikTok @Mohd_asroll, kelihatan lelaki berkenaan melempar berpuluh-puluh pek plastik ubat ke arah penyokong yang memberi sokongan padu kepada pasukan negara.
Difahamkan, pek yang dibaling itu merupakan sampel produk yang dipercayai diagihkan secara percuma kepada penonton.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan lelaki berkenaan.
“Hahahah risau balik stadium semua sakit tekak… ‘prepare’ (sediakan) awal-awal,” kata Nuran.
“Aku ingat campak duit, rupanya…ubat sakit tekak,” komen Amran Omar.
“Aku tengah jalan-jalan hari itu ada orang ketuk bahu aku. Terkejut, tiba-tiba hulur dua pek hahahah .. rupanya dekat tangan dia penuh,” seloroh @Croptboy. – KOSMO! ONLINE
@mohd_asroll♬ bunyi asal – Ultras Malaya 🐯🇲🇾