fbpx
Tangkap layar Syed Saddiq membaca puisi untuk Zarina Astillah di majlis ulang tahunnya yang ke-49.

[VIDEO] ‘Kalau tak kahwin saya lawan YB kat Muar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia membacakan sebuah puisi istimewa sempena sambutan ulang tahun ibu kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, iaitu Siti Zarina Astillah.

Menerusi hantaran oleh pemilik akaun @letchumi.sandraj di Instagram, kelihatan Syed Saddiq menyampaikan puisi yang menyentuh hati kepada Siti Zarina di majlis ulang tahunnya yang ke-49.

Dalam puisinya, Syed Saddiq turut menyelitkan kata-kata pujian buat Bella yang digelarnya sebagai ‘wanita besi saya’.

“Terima kasih kerana sentiasa menjadi bintang bagi wanita besi saya, Bella Astillah. Selamat hari lahir buat wanita besi versi asli yang melahirkan lebih ramai wanita besi yang lain.

“Tanpa kasih sayang seorang ibu, mustahil untuk anak-anak berjaya,” katanya ketika menyampaikan puisi di majlis tersebut.

Tinjauan di ruangan komen, ramai memuji Syed Saddiq lelaki budiman disebabkan oleh ucapan yang manis semasa hari ulang tahun Siti Zarina pada malam selasa lalu.

“Ini kalau tak kahwin, saya masuk bertanding PRU lawan YB masa PRU (pilihan raya umum) nanti,” komen @Emma Yusoff.

“Depan bakal mak dan ayah mertua, dia buat persidangan,” kata @yune.

“Dalam ucapan untuk mama, nama dan pujian tak tinggal untuk Bella,” @Ikinnn1. – KOSMO! ONLINE

@ubchatgptgrumpsymunchkin Replying to @jottiegeorge8176 For top-tier birthday wishes for Mama tonight ialah tak lain tak bukan special from YB Syed Saddiq 🫶🏻🫶🏻🫶🏻. #BASS #syedsaddiq #bellaastillah #capcut #fyp ♬ original sound – 🦋🦋NFU🦋🦋ARTS309🦋🦋 – 🌼🕊️ 𝓝𝓪𝓽𝓱𝓪𝓵𝓲𝓪 🕊️🌼

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI