fbpx

Usia 17 tahun terlantar umpama bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuriana melihat anaknya, Muhammad Aiman yang terlantar sejak bayi ketika ditemui di rumahnya di Labu, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Di sebalik wajah tenang Zuriana Daud, 51, tersembunyi kisah perjuangan tanpa noktah membesarkan anak istimewa yang terlantar sejak bayi.

Anak sulungnya, Muhammad Aiman, 17, mengalami kecacatan fizikal yang memerlukan penja­gaan sepenuh masa. Sejak usia lapan bulan, Aiman bergantung kepada ibunya selepas disahkan mengalami kerosakan otak kiri dan mula menunjukkan gejala sawan dan tidak sedarkan diri.

“Apabila doktor beritahu otaknya kecil sebelah, saya dan suami tidak dapat terima ke­nyataan, tetapi lama-kelamaan, kami belajar untuk reda dan anggap ini sebagai ujian Allah yang sangat istimewa,” katanya ketika ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Labu, di sini baru-baru ini.

Menurut ibu tiga anak itu, meskipun Aiman sudah remaja, namun dia bagaikan bayi kerana meminum susu khas, memakai lampin pakai buang dan memerlukan perhatian 24 jam.

Katanya, susu khas dan lampin pakai buang menelan belanja lebih RM1,000 sebulan tidak termasuk ubat-ubatan dan kos perjalanan ke hospital sedang­kan gaji suaminya RM1,200 sebulan sebagai tukang masak.

Keluarga itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500, Baitumal dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Labu, namun masih tidak mencukupi untuk perbelanjaan anak syurga mereka.

“Walaupun kami diuji, bagi saya Aiman adalah amanah pa­ling berharga yang Allah titipkan dalam hidup kami. Aiman se­nang dijaga. Bila pandang wajah Aiman, saya akan menjadi kuat. Dia anugerah, bukan beban,” kata wanita itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 06400-41-00006088-2 atas nama Zuriana Daud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI