fbpx

Tiga lelaki melecur, stor simpanan LPG terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH stor menyimpan LPG di Taman Perindustrian Timur, Kulai musnah dalam kebakaran sehingga menyebabkan tiga individu cedera melecur di tubuh badan, awal pagi tadi.

KULAI – Tiga lelaki mengalami kecederaan melecur sehingga 50 peratus di seluruh tubuh badan mereka apabila sebuah kedai menyimpan gas petroleum cecair (LPG) di Kawasan Perindustrian Timur, di sini terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Asmiza Zaini berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 1.40 pagi.

Susulan kejadian itu, katanya, 13 anggota beserta tiga buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kedai pengedar LPG berstruktur kekal telah mengalami kemusnahan kira-kira 85 peratus akibat kebakaran.

“Tiga mangsa berusia antara 30-an dan 40-an yang melecur akibat kebakaran itu telah dikejarkan ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Asmiza, selain memadam api kebakaran, anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja ‘cooling’ membabitkan lori tanker di kawasan berhampiran.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.25 pagi,” ujarnya sambil memberitahu punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI