fbpx

Suspek kurung tiga warga asing dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki warga asing ketika berjaya diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di George Town, kelmarin.

GEORGE TOWN – Dua daripada empat suspek yang direman selepas dipercayai mengurung tiga lelaki asing dalam sebuah pangsapuri akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok.

Pendakwaan ke atas kedua-dua lelaki itu akan dibuat mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan secara salah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perkara tersebut.

Semalam Kosmo! Online melaporkan polis berjaya menyelamatkan tiga lelaki asing dipercayai dikurung dalam sebuah rumah hasil serbuan pada pukul 2 petang kelmarin.

Ini selepas pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga asing berusia 47 tahun yang memaklumkan rakannya dikurung di sebuah pangsapuri di George Town.

Dalam serbuan itu, tiga lelaki tempatan berusia 40 hingga 56 tahun dan seorang wanita asing berusia 40 tahun dipercayai berperanan menjaga mangsa berjaya diberkas.

Mereka berempat ditahan reman bermula semalam sehingga 14 Jun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI