fbpx

Polis Tangkak cari Cho Min Tun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIN TUN suspek kejadian bunuh di sebuah rumah sewa, Jalan Kemajuan, Tangkak sedang di buru pihak polis.

TANGKAK – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak giat memburu seorang lelaki Myanmar dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, kejadian bunuh tersebut berlaku pada pukul 7 malam, 11 Jun lalu di lokasi berkenaan.

Lelaki yang dicari ialah Cho Min Tun, 24, warga Myanmar dan merupakan pemegang kad UNCHR.

“Pihak IPD Tangkak sedang giat menjalankan siasatan dan masih memburu suspek bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan di talian Hotline IPD Tangkak di talian 06-9785222 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2699573,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI