fbpx

‘Superhero’ selamat warga AS terjatuh di Gunung Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat memapah mangsa warga Amerika Syarikat yang terjatuh dan cedera ketika menuruni Gunung Datuk hingga ke kawasan parkir di tapak kaki Gunung Datuk, di sini, petang tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

REMBAU – Isteri seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang cedera selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Datuk, di sini menggelarkan pasukan penyelamat terutamanya bomba sebagai ‘superhero’ kerana membantu membawa keluar suaminya dalam keadaan selamat.

Wanita warga Malaysia yang dikenali sebagai Karen, 63, berasal dari Sabah itu berkata, suaminya, Paul, 65, terjatuh selepas mengadu pening ketika menuruni gunung itu.

Menurutnya, mereka tiga sekeluarga termasuk anak lelakinya, Grant William, 27, memulakan pendakian kali pertama di Gunung Datuk pada pukul 8 pagi tadi serta selamat sampai ke puncak.

“Pada pukul 3.30 petang, suami mulai pening lalu jatuh. Saya anik dan anak lelaki saya segera menghubungi adik perempuan saya yang berada di parkir yyanhg kemudian memakluman kepada penyelamat. Mereka benar-benar ‘superhero’ (adiwira).

“Anggota EMRS (Emergency Medical Rescue Services), mereka sangat profesional, sangat baik, tanpa mereka semua, kami tak tahu apa yang perlu dibuat.

“Selepas ini, saya akan menulis surat kepada pasukan penyelamat kerana menyelamatkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Tapak Kaki Gunung Datuk, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II, Zaini Saleh berkata, sepasukan 14 anggota dari BBP Kota serta Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 4.10 petang.

“Mangsa tergelincir di ketinggian kira-kira 1200 meter dari basecamp dan kepalanya terhentak di batu, lalu pengsan. Mangsa mengalami pendarahan dan luka pada kening. Mangsa kemudiannya trauma tidak boleh berjalan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI