fbpx

Piala Dunia Kelab: Chelsea gugur pemain £145 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA

LONDON – Empat bintang bernilai lebih £145 juta (RM832.63 juta) telah digugurkan oleh Chelsea untuk Piala Dunia Kelab 2025 bermula 15 Jun ini sekali gus mencetuskan kejutan besar di kalangan penyokong The Blues.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menunjukkan taring awalnya apabila mengetepikan Djordje Petrovic, Raheem Sterling, Joao Felix dan Axel Disasi daripada senarai pemain ke Amerika Syarikat.

Pengecualian paling mengejutkan pastinya Petrovic yang beraksi cemerlang ketika dipinjamkan ke Strasbourg tatkala Chelsea bergelut mencari penjaga gol utama yang konsisten.

Andrey Santos yang turut dipinjamkan ke Strasbourg, menjadi satu-satunya pemain pinjaman yang dibawa ke kejohanan berprestij tersebut.

Sterling pula gagal menyerlah di Arsenal, manakala Disasi hanya berstatus pemain gantian di Aston Villa sementara Felix terus bergelut ketika dipinjamkan ke AC Milan. 

Chelsea turut cuba membawa masuk bintang Borussia Dortmund, Jamie Gittens dan penjaga gol AC Milan, Mike Maignan, tetapi rundingan gagal menjelang tarikh akhir pendaftaran. 

Dortmund menolak bidaan £42 juta (RM232.75 juta), manakala Milan enggan menurunkan harga untuk Maignan.

Petrovic digugurkan walaupun Chelsea kini hanya bergantung kepada Filip Jorgensen dan Robert Sanchez sebagai penjaga gol menyaksikan ketiadaan alternatif menimbulkan tanda tanya terhadap keputusan Maresca.

Setakat ini, Chelsea telah berbelanja £60 juta (RM343.07 juta) dengan membawa masuk Mamadou Sarr, Liam Delap dan Dario Essugo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI