fbpx

‘Piala Dunia bukannya minggu depan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak gol tunggal buat England dalam kekalahan 1-3 kepada Senegal awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Pengendali England, Thomas Tuchel mengakui kekalahan 1-3 kepada Senegal pada aksi persahabatan antarabangsa di City Ground awal pagi semalam sebagai satu pengajaran pahit dalam persediaan mereka ke Piala Dunia tahun depan.

The Three Lions mendahului seawal babak pertama menerusi jaringan Harry Kane, namun longlai di separuh masa kedua apabila bolos tiga kali kepada Senegal yang menghuni ranking ke-19 dunia.

Kekalahan itu mengecewakan barisan kejurulatihan England yang sebelum ini menggesa kebangkitan selepas aksi hambar ketika menewaskan pasukan di tangga ke-173 dunia, Andorra 1-0 pada Sabtu lalu.

“Kami tewas dalam perlawanan ujian. Tak perlu panik kerana Piala Dunia bukan minggu depan, tetapi tahun depan.

“Memang lebih baik kalau kami menang. Kami akan berehat panjang sekarang dengan rasa kurang senang dan kekalahan. Itu bukan apa yang kami mahu,” kata Tuchel.

Tuchel menjelaskan, ujian seperti itu perlu dihadapi terutama berdepan pasukan berkualiti tinggi seperti Senegal yang menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang perlawanan.

“Saya tidak pernah gembira dengan kekalahan tetapi saya gembira bila berdepan ujian sukar. Kami nak merasai sendiri kualiti pasukan antara 20 terbaik dunia. Sekarang kami rasa betapa kuatnya Senegal dan apa ertinya buat mereka.

“Keputusan ini bukan yang kami mahukan tapi ini pengajaran yang pahit,” jelasnya.

England akan berehat panjang sehingga aksi antarabangsa seterusnya pada September dan Tuchel menyifatkan persembahan para pemainnya masih belum cukup meyakinkan, terutama dari segi fizikal dan ketajaman di zon serangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI