fbpx

Brek tidak berfungsi? Tunggu siasatan dulu – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (tengah) meninjau lokasi kemalangan di KM 53, Jalan Raya Timur Barat (JRTB ) di Gerik hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

GERIK – Pemandu bas persiaran yang kemalangan meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu diberi amaran supaya tidak membuat apa-apa dakwaan tentang nahas tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dakwaan pemandu itu bahawa brek tidak berfungsi akan dibuktikan menerusi siasatan yang sedang dilakukan.

“Brek tidak berfungsi itu adalah perkara yang boleh kita buktikan sama ada betul atau tidak. Kita tidak boleh mengambil secara permukaan sahaja apa yang dikatakan oleh pemandu tersebut, sama ada dia bercakap benar atau tidak.

“Saya hendak memberi amaran kepada pemandu itu, awak jangan cuba hendak menyatakan sesuatu yang tidak benar kerana itu boleh dibuktikan melalui ujian mekanikal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau bangkai bas tersebut di luar bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini.

Katanya, terdapat juga beberapa perkembangan lain turut disiasat termasuk rakaman video yang menunjukkan bas itu memotong kenderaan di selekoh.

Anthony berkata, syarikat pengendali bas itu juga boleh diheret ke mahkamah jika didapati gagal mengendalikan perkhidmatan mereka dengan berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI