fbpx

‘Mayat’ ditemui terapung menjerit minta tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kosem ditemui terapung di bawah jambatan sebelum menjerit meminta tolong. - Bangkok Post 

BANGKOK – Polis dan petugas kecemasan terkejut apabila seorang lelaki yang dianggap sudah mati dan ditemui terapung di dalam sebuah terusan, tiba-tiba menjerit meminta tolong, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Penemuan mengejutkan dan sedikit menakutkan itu berlaku berhampiran Lebuh Raya 9 dekat daerah Bang Bua Thong semalam. 

Polis Bang Bua Thong dan sukarelawan Yayasan Ruamkatanyu bertindak selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang nelayan tempatan mengenai penemuan mayat terapung di bawah jambatan berhampiran lebuh raya tersebut. 

Nelayan itu berkata, ‘mayat’ lelaki itu tidak bergerak dan kepalanya pula bersandar pada blok konkrit besar di tepi terusan. 

“Setibanya di lokasi kejadian, kami menemui darah dan kesan luka pada wajah lelaki itu sekali gus menguatkan andaian dia telah meninggal dunia.

“Semasa operasi pemindahan, seorang pegawai polis menggunakan kayu untuk menolak blok konkrit. Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba bangkit dan menjerit: “Tolong saya!”. Kami segera menariknya keluar dari dalam air,” kata polis. 

Mangsa dikenali sebagai Kosem dan berumur 70 tahun. 

Kosem berkata, dia rebah semasa dalam perjalanan pulang lalu terjatuh ke dalam terusan. 

Mangsa dibawa ke Hospital Bang Bua Thong untuk rawatan lanjut, demikian menurut portal berita Bangkok Post. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI