SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan larangan bersuara (gag order) bagi melarang pihak plaintif dan defendan mengeluarkan kenyataan berkaitan kes saman fitnah Norfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza terhadap pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Norina Zainol Abidin selepas perbicaraan kes tersebut bermula hari ini dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan termasuk Fara Mendoza, 36.
Bagaimanapun, prosiding perbicaraan itu yang bermula sekitar 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang tadi berlangsung secara tertutup.
Terdahulu, Zarina Anjoulie atau Anju, 38, ketika ditemui media di luar mahkamah berharap kes isu saman fitnah itu yang telah berlarutan sejak empat tahu lalu dapat diselesaikan segera.
“Dah empat tahun kes ini dan kita pun nak ia berakhir, kita tengok macam mana dan doakan yang terbaik,” katanya.
Fara Mendoza, 37, yang diwakili Tetuan Rejinder Singh & Associatea turut kelihatan hadir ke mahkamah hari ini.
Perbicaraan kes tersebut akan bersambung semula pada 24 Julai dan 4 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE.