fbpx

Lelaki ditemukan meninggal dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati dalam sebuah hotel di Taman Bandar Baharu di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat tentang penemuan itu melalui panggilan telefon daripada seorang pekerja hotel berkenaan sekitar pukul 3.15 petang tadi.

“Pasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) yang diarahkan ke lokasi mendapati seorang lelaki ditemui terbaring di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang tiba ke hotel berkenaan sejurus dimaklumkan,” katanya.

Kata Hanyan, siasatan awal pihaknya tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI