fbpx

Lebih RM31.41 bilion wang sitaan dirampas, harta dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah SPRM Kali ke-2 Tahun 2025 di Bangi hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita wang dan melucut hak harta lebih RM31.41 bilion dalam tempoh lima tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh tersebut dari tahun 2020 hingga April 2025 yang mana ia melibatkan jumlah RM3.5 bilion wang disita, manakala sebanyak RM27.87 bilion harta telah dilucut hak.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, SPRM menerima sebanyak 34,819 laporan daripada pelbagai pihak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,145 kertas siasatan dibuka, melibatkan tangkapan seramai 5,703 individu.
“Daripada jumlah mereka yang telah ditahan, seramai 2,479 individu didakwa dan 1,274 daripadanya disabitkan kesalahan oleh mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-Undang Bertauliah Sprm Kali Ke-2 Tahun 2025 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI