fbpx
FIB bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada KL City, KDN FC dan PDRM FC.

KL City, KDN FC dan PDRM FC sah dapat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan PDRM FC berjaya mendapatkan lesen kebangsaan bagi mengambil bahagian dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, First Instance Body (FIB) menjelaskan ketiga-tiga kelab itu berjaya mengemukakan dokumen kewangan tambahan seperti yang diminta sebelum ini.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata tiga pasukan beri kerjasama baik dan berjaya melengkapkan dokumen yang diminta.

“Pihak FIB hari ini mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan itu.

“Setelah meneliti dan menilai dengan teliti dokumen kewangan tambahan yang dikemukakan itu, FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada ketiga-tiga kelab tersebut setelah mereka berjaya memenuhi segala keperluan pematuhan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini FIB menetapkan syarat tiga kelab berkenaan perlu mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025, selaras dengan Artikel 8 (l) Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

Terdahulu, FIB sebelum ini sudah memberikan lesen kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC serta dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC yang berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa.

“FIB merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan serta komitmen tinggi pihak KL City FC, KDN FC dan PDRM FC sepanjang proses ini dan mengucapkan selamat maju jaya dalam saingan Liga Super bagi musim 2025-2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI