fbpx

Jangan mudah terperdaya pakej umrah, haji yang tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Kanan (Agama dan Bimbingan) Andalusia, Ustaz Mohamad Taha Hassan (kanan) menyantuni para jemaah ketika pelepasan kumpulan pertama jemaah umrah Andalusia bagi musim 1447H Hijrah ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran tajaan umrah dan haji yang terlalu murah dan tidak masuk akal.

Pengurus Kanan (Agama dan Bimbingan) Andalusia, Mohamad Taha Hassan berkata, bakal jemaah juga disaran berurusan dengan syarikat pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan status syarikat tersebut aktif.

Beliau berkata, pihaknya akui ada banyak kes penipuan umrah dan haji malah, ada juga yang mengumpan mangsa kononnya pakej ditawarkan dikendalikan syarikat pengendali umrah dan haji berdaftar.

“Kredibiliti sesebuah syarikat pelancongan dapat dilihat menerusi keyakinan pelanggan terhadap syarikat tersebut apabila mereka kembali semula berurusan dengan syarikat pelancongan tersebut.

“Kami juga ingin menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang bayaran kepada akaun individu sebaliknya semua bayaran hendaklah dibuat terus kepada akaun syarikat bagi mengelak ditipu,” katanya pada majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah umrah 1447H Andalusia ke Tanah Suci awal pagi tadi.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya akui pernah didekati individu kononnya mahu berperanan sebagai ejen dan orang tengah bagi urusan umrah dan haji.

Katanya, pihaknya sentiasa berwaspada dengan perkara itu dan bersedia menyiasat lanjut jika ia dilihat boleh menjejaskan imej syarikat.

“Sebelum ini pun dah berlaku banyak, mereka datang secara individu dan mendekati kita serta mahu gunakan nama sebagai ejen dan sebagainya bagi membawa jemaah umrah dan haji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI