fbpx

FAM hargai sumbangan Tunku Mahkota Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sentiasa menjadi watak penting kepada revolusi Harimau Malaya hingga raih kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. - IQBAL ROSLI

 

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, atas usaha dan inisiatif baginda dalam merevolusikan pasukan kebangsaan.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, sentuhan Tunku Mahkota Ismail mula menampakkan impak positif selepas kejayaan Malaysia membenam Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

“Sudah tentu kemenangan itu cukup istimewa kerana selepas 11 tahun menunggu akhirnya kita dapat mengalahkan Vietnam yang dianggap gergasi bola sepak di rantau Asia Tenggara ini.

“Bagi mewakili Jawatankuasa Eksekutif FAM, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Mahkota Ismail atas inisiatif dan komitmen baginda dalam merevolusikan pasukan Harimau Malaya.

“Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha meningkatkan lagi prestasi skuad Harimau Malaya.

“Apa yang boleh saya katakan, kejayaan ini satu permulaan yang cukup positif buat pasukan Harimau Malaya dan bola sepak Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Datuk Mohd Joehari turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak kerajaan atas bantuan khususnya dari segi kewangan bagi memperkasa pasukan kebangsaan.

“Peruntukan daripada kerajaan Malaysia ini pastinya akan meningkatkan lagi motivasi buat para pemain pasukan kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Sekali lagi saya mewakili Jawatankuasa Eksekutif FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sokongan penuh beliau buat pasukan Harimau Malaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI