fbpx

Dua remaja maut, kereta bawa dadah langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Tengku Ismail di Temerloh malam semalam.

TEMERLOH – Gara-gara sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah, dua remaja perempuan maut selepas motosikali ditunggang dirempuh Perodua Bezza di persimpangan Jalan Tengku Ismail di sini malam tadi.

Mangsa yang maut ialah penungang motoskal, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman masing-masing berusia 18 tahun.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, sejumlah dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM6,110 ditemukan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 38 tahun tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, ketika kejadian, dua remaja itu yag menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari arah Mentakab menghala ke bulatan Bukit Angin di sini.

“Setibanya di lokasi kejadian mangsa berhenti kerana lampu isyarat merah, manakala kereta Bezza pula tidak berhenti dan melanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibatnya penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi. emandu kereta tidak cedera,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat dua remaja itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya menahan pemandu kereta di lobi Ibu Pejabat polis Daerah Temerloh pada pukul 12.30 tengah malam.

Tambahnya, ujian air kencing mendpati peandu kereta bebas pengaruh dadah dan tiada rekod kes jenayah serta penyalahgunaan dadah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI